Skip to product information
1 of 1

THINK CITY

SEJARAH MASJID KERAMAT PULAU PINANG 1720-2012

SEJARAH MASJID KERAMAT PULAU PINANG 1720-2012

Regular price RM50.00 MYR
Regular price Sale price RM50.00 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

SEJARAH MASJID KERAMAT PULAU PINANG 1720-2012 BY MAHANI MUSA

Masjid dan keramat merupakan warisan sosiobudaya dan agama yang menjadi bukti sumbangan masyarakat Islam terhadap perkembangan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan dan petempatan penting sejak abad ke-18. Di sebalik kerencaman persaingan untuk membina kehidupan di tempat baru ini, masyarakat Islam di negeri itu meneruskan tradisi keagamaan dengan membina surau dan masjid untuk tujuan beribadat selain berbuat kebajikan menerusi tradisi menderma dan mewakaf harta benda. Manakala keramat pula menjadi tempat manusia di tempat baru ini menyerahkan harapan dan impian hidup masing-masing. Menariknya, berbeza dengan masjid yang menjadi tempat beribadat yang khusus bagi orang Islam, keramat pula menjadi tempat manusia daripada pelbagai latar belakang sosial, agama dan budaya berkongsi ruang dan bercampur gaul antara satu sama lain.

Buku ini mengandungi 75 kata masukan masjid dan24 kata masukan keramat yang terdapat di Pulau Pinang sejak 1730-an hingga 2012. Koleksi kata masukan masjid dan keramat ini diharap dapat memberi permahaman kepada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam di Pulau Pinang, dan di negeri-negeri lain di Malaysia dan tempat-tempat lain tentang bagaimana manusia daripada kelompok yang berbeza-beza dari segi agama dan budaya masih boleh berkongsi ruang dalam hal-hal sosiobudaya vdan keagamaan seperti yang dapat dilihat dalam sejarah pembinaan masjid dan keramat di negeri itu.

 

View full details